0

Pertama sekali, untuk yang belum tahu apa itu Phero x, Phero-X ini adalah perfumes yang mengandungi Pheromones. Banyak kelebihan pheromone ini tapi tak perlulah kita bincang dengan panjang lebar disini. Anda boleh lihat di pautan ini untuk lebih info [ Phero-X – Wangian Memikat Wanita ]. Untuk yang tidak tahu juga, Phero-X telah di jual di Malaysia sejak tahun 2005 lagi dan kami aktif menjual Perfumes Phero X ini secara online sejak tahun 2007 lagi melalui laman web seperti Phero-X.com, PheroX.net, Kedaipheromone.com dan lain-lain lagi. Sepanjang lebih 10 tahun kami berniaga, kami dah jumpa beribu-ribu lelaki yang menggunakan Phero-X ini dan yang lebih menariknya ada yang dah repeat orders dah bertahun-tahun dah. Dari bujang hinggalah dah beranak-pinak. Persoalannya disini adalah, Kenapa Ramai Lelaki Guna Phero-X? Apa yang buat mereka ingin guna dan kenapa mereka guna? Dengan pengalaman kami bersama pelanggan-pelanggan, hari ini kita kongsikan bersama-sama.

BUJANG – INGIN CARI TEMAN HIDUP GUNA PHERO-X

Golongan yang pertama, biasalah..apa lagi. Si bujang yang mencari cinta. Senang cakap nak pikat awek lah buat bini kan. Sapa taknak kawin bro? Mana ada.. Kita kan dicipta untuk berpasang-pasangan. Tapi masalahnya, ada yang susah nak cari pasangan. Ada juga yang mungkin tak berapa pandai nak memikat. Jadi Phero-X jadi pemudah cara. Jangan terkejut tau, ramai customer bujang yang dapat awek atau bahasa indahnya wanita yang dicintainya itu lepas menggunakan PheroX. Kami selalu dapat undangan ke majlis perkahwinan tapi jujur cakap dari 100, hanya 2 yang pernah kami hadir. Disebabkan masa dan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. hihi.

Dari apa yang kami dapat tahu, kebanyakan mereka cakap.. Phero-X ‘skip’ banyak proses nak mencari awek. Katanya semua jadi mudah. Ala biasa la bila kita nak berkenal-kenalan dengan orang yang kita tak kenal, bukannya mudah. Tambah-tambah dengan wanita. Tapi diorang sendiri hairan macam mana boleh jadi mudah je..

Dari apa yang kami tahu, sebenarnhya Pheromon yang ada dalam Phero-X membuatkan wanita lebih mudah mesra dengan orang menggunakannya. Jadi, bila dah mudah mesra, ia membuka ruang untuk proses kenal mengenal antara satu sama lain pun jadi mudah la. Siap ada yang cakap, semua perempuan yang mereka dating, mesti cakap rindu nak jumpa lagi. Haa.. ini salah satu lagi bestnya Phero-X. Pheromone yang ada menghasilkan aura atau bau yang unik dan membuatkan wanita terigat-ingatkan kita.

phero x

SUAMI NAK PUJUK ISTERI GUNA PHERO X

Yang ini biasa. Ramai sangat lelaki yang dah berkahwin guna Phero X. Bila ditanya, rat-rata mengatakan nak pujuk isteri. Tapi pasti lah pujuk isteri ke nak tambah isteri. Hehe. Tapi apa yang menarik adalah kebanyakkan point mereka sama. Katanya bila pakai PheroX, mood isteri mereka lebih ceria dan lebih baik. Isteri jadi manja-manja tak marah-marah macam selalu. Kemudian, ada satu orang yang background pendidikannya agak hebat cuba huraikan. Katanya mungkin Pheromone yang ada dalam Phero X ini serlahkan Pheromone semulajadi lelaki yang diperlukan oleh wanita. Yelah, wanita kan setiap bulan ada proses ‘haid’ yang buatkan hormon mereka tak stabil, jadi mereka perlukan Pheromone lelaki untuk stabilkan Pheromone mereka. Sebab itulah kita diwajibkan kahwin. Sebab kita kan saling memerlukan.

SUAMI NAK GODA ISTERI GUNA PHEROX – ‘LAMA TAK DAPAT’

Benda ini yang buatkan kami selalu rasa bangga. Pertama kami bangga sebab apa yang kami jual ini bermanfaat untuk rumahtangga atau kebahagiaan suami isteri. Maknanya kami dapat membantu, mereka yang ada masalah. Yang keduanya kami bangga dengan suami yang cuba hendak goda isteri sendiri. Yelah, goda isteri sendiri, bukan isteri orang lain. Benda baik tu. Sebab ada satu ‘brother’ ni, pernah cerita.. Isterinya ‘dingin seks’ atau kurang keinginan seks. Masih muda lagi, tapi mungkin sebab dah melahirkan anak atau masalah lain, jadi keinginan jadi kurang. Apa yang menariknya, lepas menggunakan Phero-X, isteri jadi agresif, dan keinginan untuk bersama suami jadi lebih hangat. Katanya geram, kalau outstation lama-lama tak boleh, ‘tak tahan rindu’.

Ada juga yang cakap, isteri lebih tua darinya. So, mungkin tanda-tanda hendak monopos. Bila pakai PheroX sahaja, isteri jadi ‘nak’. Senang cerita, kalau pakai phero-x, mesti dapatlah. haa. Macam tu.. Menurut kajian,Pheromone memang dapat meningkatkan libido seks wanita. Jadi, ia memang boleh buatkan wanita lebih ghairah dengan suaminya.

phero-x

PLAYBOY – NAK JADI HERO GADIS-GADIS GUNA PHERO-X

Yang jenis ini tak ramai. Tapi mungkin sebab mereka tak mengaku. Tapi yang memang jujur cerita pada kami, katanya dia memang pasang ramai awek. Sebab pakai Phero X, ramai awek suka, mengorat senang dapat, dan lain-lain lagilah. Tak perlu saya cerita panjang-panjang sebab mereka yang cuba PheroX dan dah dapat rasa penangannya mesti faham kenapa ada yang jenis nak jadi Playboy ni. Yelah, lebih mata memandang, lebih senyuman.. Ulat bulu naik daunnnn lah ya. hehe

PENIAGA NAK JUALAN LARIS PAKAI PHERO-X

Yang ini memang ramai sangat-sangat. Boleh dikatakan 40% dari pelanggan kami dari mereka yang berniaga, konsultan insurans,hartanah dan lain-lain lagi. Senang cerita, mereka yang selalu berurusan dengan orang ramai. Kata mereka, bila menggunakan Phero X, mereka senang berurusan dengan pelanggan. Tambah-tambah yang buat jualan langsung, orang lebih fokus dengan apa yang mereka ceritakan katanya. Senang cakap, orang beri perhatian lebih dan mudah untuk ‘close sales’.

LELAKI YANG INGIN KEYAKINAN DIRI BERTAMBAH GUNA PHEROX

Ini masalah juga ini. Ada antara lelaki yang keyakinannya dirinya kurang. Nak berhadapan dengan orang ramai,susah. Kebanyakannya pelajar dan juga pekerja-pekerja yang selalu berurusan dengan orang ramai. Ada diantara mereka cakap, ‘orang tak suka mereka’. ‘Orang tak pandag mereka,seolah-olah tak wujud. Dan lain-lain lagi. Mungkin sebab terlalu pendiam atau pemalu saya tak pasti. Tapi memang ramai ada masalah macam ni. Katanya lepas guna Phero X hubungan dengan rakan jadi lebih baik.Hubugan ditempat kerja dengan bos dan lain-lain lagi. Siap ada yang cakap, boleh naik pangkat sebab bos perempuan suka. Serius tak tipu! Kalau ada orangnya tu baca post ini, sila komen untuk bantu kami buktikan pada pembaca-pembaca yang lain.

phero-x

Ok. So, itu saja antara sebab-sebab kenapa lelaki menggunakan Phero-X menurut pengalaman kami bersama-sama rakan pelanggan kami. Tak kisah anda gunakan untuk tujuan apa, yang kami harapkan anda gunakanlah untuk tujuan yang baik-baik yang dapat bagi manfaat pada diri anda sendiri. Kepada yang belum pernah mencuba dan teringin nak rasa aura phero-x ni, boleh terus dapatkan harini juga dan rasakan penangannya!